• Home
  • Media
  • Buletin
  • PERASMIAN STADIUM OLAHRAGA USM, MENUJU PENGIKTIRAFAN WORLD ATHLETICS KELAS 2

PERASMIAN STADIUM OLAHRAGA USM, MENUJU PENGIKTIRAFAN WORLD ATHLETICS KELAS 2

PSR1.jpg
 
PSR.jpg 
 
 
STADIUM OLAHRAGA USM DINAIK TARAF, MENUJU PENGIKTIRAFAN WORLD ATHLETICS KELAS 2
 
PULAU PINANG, 6 Februari 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) mencatat satu lagi pencapaian penting dengan Majlis Perasmian dan Penyerahan Rasmi Stadium Olahraga yang telah dinaik taraf.
 
Majlis yang disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, ini memperkukuh komitmen universiti dalam meningkatkan infrastruktur sukan bagi warga USM dan komuniti setempat.
 
Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil usaha bersepadu semua pihak yang komited dalam meningkatkan kemudahan sukan di USM.
 
Usaha menaik taraf stadium ini bukan sekadar menjalankan penambahbaikan infrastruktur, tetapi juga merupakan satu langkah strategik dalam memperkasa pembangunan sukan di peringkat universiti.
"Dengan fasiliti yang lebih moden dan lengkap, kita berharap dapat melahirkan lebih ramai atlet berkualiti yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.
"Selain itu, stadium ini juga akan berperanan sebagai pusat kecemerlangan sukan bagi warga USM dan masyarakat umum. Ia bukan hanya untuk kegunaan para atlet, tetapi juga sebagai ruang untuk aktiviti kecergasan dan rekreasi bagi semua," ujar beliau.
 
Projek naik taraf stadium ini bermula pada 31 Mei 2024 dengan peruntukan RM1.7 juta di bawah Inisiatif Tahun 2023, dan telah siap sepenuhnya pada 31 Disember 2024.
Antara penambahbaikan utama adalah pemasangan trek sintetik bertaraf antarabangsa yang memenuhi spesifikasi World Athletics.
 
Menurut Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim, usaha naik taraf ini melibatkan pembinaan 'Case and Caging' bagi acara Lempar Cakera dan Tukul Besi, pemasangan 'Plate Indicator' untuk acara balapan, serta penambahbaikan fasiliti bagi acara Lompat Kijang dan Lompat Jauh mengikut spesifikasi Orang Kurang Upaya (OKU).
 
Stadium Olahraga USM kini memenuhi syarat dan sedang menunggu pengiktirafan rasmi World Athletics Kelas 2, yang membolehkannya menjadi tuan rumah kejohanan bertaraf antarabangsa serta kejohanan khusus untuk atlet OKU. Majlis ini turut menyaksikan penyerahan rasmi stadium oleh pihak kontraktor kepada Naib Canselor USM, diikuti dengan penandatanganan plak perasmian dan lawatan ke trek balapan.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pendaftar, Encik Mohd Azizudin Mohd Sharif; Bendahari, Encik Rafizal Abd Rahim; serta Pengarah Pusat Pengajian Biokimia Analisis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keberkesanan dan Pelaksanaan Projek-Projek di bawah Inisiatif@USM 2024, Profesor Dr. Zafarina Zainuddin, pegawai-pegawai utama universiti, barisan Majlis Perwakilan Pelajar, serta warga USM.
 
#PSR

Hubungi Kami


WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS INDUK DAN
KAMPUS KEJURUTERAAN

NO. TEL (P):
04-653 4521 (INDUK)
04-599 5700 (KEJURUTERAAN)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (INDUK)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (KEJURUTERAAN)

 

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809 (INDUK)
04-599 5701 (KEJURUTERAAN)

ISNIN-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT :

8.10 am-12.00 pm

2.45 pm-5.10 pm

SABTU/AHAD &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP

WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS KESIHATAN

NO. TEL (P):
09-7671 331 (PEJABAT)
09-7671 330 (KAUNTER)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809

AHAD-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT/SABTU &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP


PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS INDUK

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KEJURUTERAAN

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KESIHATAN


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan    |    Peta Laman    |    Galeri  |    Hakmilik   |   Login

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sukan dan Rekreasi, USM.

Pautan Pantas

  • Kampus Kejuruteraan
  • Kampus Kesihatan
  • IPPT
  • Lain-lain
Flag Counter

Hak Cipta © 2024 Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia.

  • Last Modified:
    Friday 07 February 2025, 07:39:38.